Cuba Klik Sini!

Sunday, July 18, 2010

20sen sebenarnya besar nilainya.

Salam.

Hari ini saya nak cerita tentang duit 20 sen.Tak perlu nak fokus sangat sebab saya bukan nak tunjukkan cara-cara nak menghasilkan duit 20 sen atau sejarah duit 20 sen atau macam mana nak ketuk duit 20 sen supaya bila masuk dekat public phone dengan hanya 20 sen boleh gayut sampai berjam-jam.Tak.

Hari Selasa yang lalu masa saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, bas yang saya naik ni, berhenti sekejap kat bus stand Batu Pahat. So, ada lah beberapa orang yang ambil kesempatan pergi beli makanan dengan pergi tandas.Dan mestilah saya tak terkecuali.Jadi saya pun membontoti beberapa orang gadis dan emak orang pergi tandas.

Kemudian seperti biasa lah. Sebelum masuk tandas kena bayar yuran.Nak dijadikan cerita, si gadis depan saya ni tak ada duit kecil.Dia bagi kat pakcik tu RM10. Yuran 20 sen.Bayar RM10. Lepas tu pakcik tu geleng-geleng kepala tanda tak setuju. Dia mintak duit kecil jugak.Si gadis pun geleng-geleng kepala tanda tak memiliki wang lebih kecil daripada RM10.

Memandangkan masa tak mengizinkan mereka berdua untuk terus menggelengkan kepala, maka saya secara gentleWOMAN nya menghulurkan 40 sen pada pakcik tu. *Tak per, saya bayarkan untuk dia*. Maka si gadis terus ucapkan terima kasih pada saya. Saya cakap *tak per...bukan banyak pun 20 sen je*  Sambil buat muka gadis melayu terakir.Tapi dalam hati memang dah niat pun tidak mengharapkan apa-apa balasan. Setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmah nye kan.

Nah, hikmahnya datang pada saya tiga hari selepas itu. Hari Jumaat lepas, saya pergi ke MidValley. Masa perjalan balik, saya kena tukar train di KL Sentral. Mula-mula nak beli tiket kat kaunter, tapi malas sebab kena beratur panjang.Jadi saya pergi kat mesin tu jer. Masa nak bayar tiket, saya kekurangan lagi 20 sen. Seluk punya seluk kat kocek seluar, handbag dan dompet tak ada syiling 20sen. Yang ada cuma RM5. *cuak* pusing belakang orang dah beratur. Ada jugak yang kena marah nanti.T_T

Tiba-tiba *baru macam suspen kan*...seorang gadis yang beli tiket sebelah saya bagi saya 20sen. Wah, tak macam terharu pulak kan.Hilang terus rasa cuak itu. Terus masukkan kat mesin dan ambil tiket. Dan sudah tentulah saya cakap terima kasih pada dia.Tapi dia macam kelam kabut, jadi sekejap je dah hilang dari pandangan mata. Tapi saya pasti dia  bukan hantu sebab KL Sentral mana ada hantu.*Yakin jer*..

Bila dalam train baru saya teringat, mungkin ini hikmahnya, saya tolong orang 20sen dan hari itu orang tolong saya pulak.Kadang-kadang, benda ini berlaku tanpa kita duga dan sedari.

Jadi, pengajaran daripada cerita di atas ialah kalau kita ikhlas membantu seseorang InsyaAllah, Allah akan memberikan sesuatu yang baik untuk kita. Allah itu Maha Adil.


P?S: jangan salah faham.Ini entri bukan nak menunjuk.peace..=)

5 comments:

ShawaL said...

buat baik dibalas baik..tlg mnolong kan amalan mulia..^__^

DiNa-DiaNa said...

btol..btol..btol..
be nice with everybody..

=)

niny said...

betullll......

haritu ai pegi poundland pastu debit card xleh guna sbb lupa pin no. skali ada minah turkey bayrkan utk ai. dah lah byk ai beli. mmg rezeki betul hehe.

lily lotus said...

that was so sweet :)

Zulaikha Mohamad said...

agreed with shawal.. buat baik dibalas baik.. amalkan selalu yer sis.. :-)