Cuba Klik Sini!

Friday, July 16, 2010

entri ini untuk pengumuman.nak buat press conference tak mampu.

Salam.

Memang macam, *hek eleh..ko ingat ko artis nak buat-buat pengumuman bagai*..tapi, kadang-kadang, saya memang teringin feeling-feeling selebriti gitu.

Nak buat pengumuman pertama dulu. Entri kali ini tak ada gambar.

Pengumuman kedua.Saya berjaya dalam temuduga yang lalu di MP.Selepas ini jiwa dan raga serta bakul yang tidak berbelah bahagi akan didedikasikan buat MP.Kelas 1 bulan *yeah, masuk kelas lagi*, OJT 3 bulan.

Pengumuman ketiga.Sekarang ini tengah giat lagi aktif cari bilik sewa di sekitar bandar utama, kota damansara,damansara utama.Siapa-siapa ada link ke hape ke, hulur-hulur kan lah pada saya.Tangan yang menghulur itu lagi mulia dari tangan yang menerima *wah, sempat lagi*.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi baca pengumuman saya. Selamat berhujung minggu!

3 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

Tahniah ye...

Anis said...

all the best aji :)

SyimaSyaz said...

dear...
kita pun tgh cari roomate rumah kat ampang...tp ampang tu dpn je ada banyak public transportation.security mmg terbaek...lif pun pakai kad.cuma rm150 je.mau tak?