Salam Kemerdekaan.
Pada malam ambang kemerdekaan yang lalu (30 Ogos), saya telah diberikan tugasan oleh Editor Sukan TV3, En Abu Bakar Atan untuk membuat liputan mengenai "Larian Patriotik Merdeka 2010" di Klang, Selangor. Tugasan ini merupakan tugasan yang ke-8 buat saya. Turut sama menjayakan liputan tersebut adalah En. Annuar ( Jurukamera)
Ini laporan saya.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tidak semestinya ketibaan hari kemerdekaan itu disambut dengan acara hiburan atau konsert artis semata-mata. Di Klang misalnya, "Larian Patriotik Merdeka 2010", turut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ia dianjurkan menerusi kerjasama Persatuan Olahraga Daerah Klang, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Polis Diraja Malaysia serta pihak swasta.
Mulai jam 10 malam, kira-kira 700 pelari sudah bersedia untuk memulakan larian sejauh 7KM yang bermula dan tamat di Stadium Kota Raja, Klang.
Tidak semuanya yang beraksi mencari kemenangan. Apa yang penting ialah merasai semangat berbilang bangsa sempena kedatangan hari kemerdekaan negara yang ke-53.
Larian kali pertama dianjurkan di Klang Selangor ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai kaum.
Pendapat peserta (Syahidan Alias) :
"Saya rasa program ini sangat menarik dan perlu diteruskan pada akan datang untuk menarik minat generasi muda."
Pendapat peserta (Carrie) :
" Selain bersukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita.Selain itu kita dapat menyokong gagasan 1Malaysia."
Selepas penyampaian hadiah,detik 12 malam diwarnai dengan perarakan bendera oleh orang ramai dan percikan bunga api sempena sambutan merdeka.
Stand Upper/ Super: Azila Palal
" Bukan sahaja menaikkan lagi semangat patriotik namun program ini dapat memupuk minat dan budaya bersukan dikalangan rakyat Malaysia.Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.Saya, Azila Palal, Sukan Buletin Utama,TV3"
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Dari kiri: Saya (AzilaPalal), Peserta Larian (Syahidan dan Carrie), Siti Khadijah Jaafar

7 comments:
lepas ni leh bt utk berita sukan lain pulak
all the best aji... hari tu tak sempat tengok la... :))
wow!!hebat2..gud luck for ur future undertakings!!
keep it up..make me proud of u..
Semangat patriotik mesti ada...kekalkan keamanan.
Salam.
wah! semoga terus sukses ya:)
dats me..thanks :)
Post a Comment