Bekerja dalam dunia media ini, membuatkan saya perlu bertemu dengan ramai orang,ramai wartawan, pelbagai personaliti, pelbagai ragam.
Jujur saya katakan, ada yang sombong, ada yang memang dah kamcing gila,jadi wartawan baru macam saya tidak diendahkan.
Ada yang macam,duduk sebelah menyebelah, walaupun saya dah memperkenalkan diri dan sebagainya, tapi dia masih buat tak tahu.
Patut ke salahkan mereka?
Tapi, benda ini semua sebenarnya membuatkan saya lebih berani untuk berdepan dengan orang ramai.
Bagi saya, setiap hari ada * Ice Breaking Session*.
Selagi tak pecah Ice tuh..akan kupecahkan jua.*eehhwaaahhh.
Tetapi lagi sekali.......
Ada juga wartawan yang baik hati.
Ada juga yang akan memperkenalkan diri, sebelum saya sempat memperkenalkan diri.
Malah, ada juga yang akan berkongsi idea, mengenai isu apa yang perlu dibangkitkan untuk dijadikan laporan di hari tersebut.
Dan ada juga yang baik hati berkongsi no contact orang-orang penting seperti , menteri-menteri,setiausaha sulit menteri, setiausaha akhbar menteri, ketua-ketua pengarah, ketua polis dan ramai lagi.*atas sebab-sebab tertentu.untuk suka-suka tak boleh ehhhh*
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
![]() |
| me & mr.ondscene |
![]() |
| us: abg shamsul,khaty &me |
Saya kenal abg Shamsul ondscene melalui teman baik saya Khaty Jaafar (wartawan TV3 juga)
Masa mula-mula jumpa abg Shamsul, sumpah saya tak tahu yang beliau pemilik blog ondscene.
Saya silent reader blog beliau.
Bila setiap kali baca blog beliau...saya kagum,macam mana beliau boleh berdepan dengan scene-scene kemalangan,kaki putus,mangsa tersepit, darah yang banyak, perut terburai...
Katanya...semua itu datang dari pengalaman.
YA..PENGALAMAN.SAYA NAK PENGALAMAN!!!!!!!!
pengalaman itu di cari..bukan datang bergolek cik Azila oiiiiii!!
Sekian.......


2 comments:
gudluck dalam kerjaya yg mencabar tu :)
please vote...
jgn keja kt astro..
memerah keringat org malaysia..
http://www.ask500people.com/questions/perlu-kah-kita-pecahkan-monopoli-astro
Post a Comment