Cuba Klik Sini!

Wednesday, January 11, 2012

wow.sudah 2012

Assalamualaikum …salam sejahtera..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..2012, pada anda semua, walaupun sudah hampir dua minggu kita semua berada dalam 2012.

Sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit yang telah saya lalui sepanjang tahun 2011,saya tahu anda pun ada macam-macam kenangan kan.

Tapi kalau boleh saya nak cerita yang manis-manis saja lah…yang pahit tu biar saya simpan dalam hati.cehhwaahh..okey.

So, setelah ditapis dan ditapis lagi..maka saya menyenaraikan Top 6 kenangan manis saya sepanjang 2011…**ecehh padahal memang ada 6 jerr..**maka kenangan manis itu..itu..adalah..jeng..jeng..jeng..

  • 3 Januari 2011 - Diterima bekerja sebagai wartawan penyiaran di Berita TV9. **excited masa nih woooooo**    
Ketika menemubual Prof Dr. Awang Sariyan..laporan sempena bulan bahasa

  • 5 Febuari 2011 – Tiap-tiap tahun lalui….hehehheheh…Ulangtahun kelahiran saya yang ke..24thn
  • April 2011 - Kakak saya kahwin…manisnya sebab bertambah ahli baru…dapat abang ipar…**tak lama lagi anak sedara** yahoooo!!



  • 29 Ogos 2011 – Kali pertama ditugaskan buat live cross over dari tol sungai besi..sempena nak raya esoknya** Nervous sangat-sangat masa ni.2 minit rasa macam dua puluh minit.jantung berdegup kencang..giteeewwww
  • 30 Ogos 2011 – Kali pertama kerja di hari raya.bukan jabatan kerja raya yeee…manisnya sebab pagi-pagi pun dapat makan juadah hari raya. Sedih sikit sebab tak dapat cium tangan mak abah

  • 26 November 2011 – Saya menjadi tunangan orang.Syukur..ada juga orang nak kan saya. **wink..wink** Setelah 4 tahun menyulam benang sulam..eh..menyulam kasih..Upgrade juga status kami. Status di facebook dari In a relationship....laju-laju terus tukar Engaged…tehee..
Untuk 2012…ada macam-macam impian dan sasaran yang saya letakkan. Tercapai atau tak, pastinya itu bergantung kepada usaha saya dan rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk saya.
Tapi ada satu impian saya pada tahun ini yang saya sangat-sangat berharap jadi kenyataan…dapat menunaikan Umrah. Moga-moga saya diberi kesihatan yang baik…sentiasa berada dalam lindunganNYA..dan dimurahkan rezeki..InsyaAllah.
Semoga..apa sahaja impian anda pada tahun 2012..dapat dicapai..InsyaAllah.. 




0 comments: