Tuesday, February 9, 2010

Bila balik saya suka.

Malam ini saya balik Malaysia...ehh..over seh....tipu,balik Pontian sahaja.
Kadang-kadang bila dah lama tak balik kampung rasa macam duduk kat oversea pulak.
Rindu dah berkepuk-kepuk di dada nak balik rumah.

Tadi sempat pergi pasar payang beli barang-barang yang dikirim oleh makcik-makcik saya.
Kali ni balik tak bawa keropok lekor..Uisshh..first time ni balik tak beli keropok lekor,selalu kalau nak balik mesti beli.Janggal sungguh rasanya.Oh,tidak mengapa..ringan sedikit beg saya malam ni.

okey.babai.saya nak kemas beg.eh,kemas beg buat apa..kemas baju.

Sunday, February 7, 2010

nasib baik tak gila

kononnya tadi tak nak tidur lepas zohor,sebab baru makan,takut nanti perut buncit kalau tidur lepas makan,sebab sepatutnya selepas makan kena berjalan lebih kurang 40 langkah baru boleh tidur (eh,jangan tanya ini mazhab mana yer,sbb saya lupa siapa yang bilang pada saya begitu.

Selepas asar,mengantuk tahap tertinggi punya..memang tidak boleh control lagi. Jadi,jadi jadi saya tidur lah kan (eh, betul yer kalau tidur selepas asar tiga hari berturut-turut nanti boleh gila??)

Dan penyakit yang saya akan alami bila bangun tidur selepas asar adalah " KEMANJON"..ambik ko..jawa saya keluar sudah..kemanjon ni ala-ala macam blur blur di tambah dengan perasaan yang macam tak kena,macam nak marah pun ada juga..dan ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk okey kembali..Kalau tak boleh nak okey baik sambung tidur balik..weehhhhhhhhhheeeeeeeeeeeeee..pang!!

moral of da story : jangan tidur selepas asar.... memang tak elok pun..=)

Peluang berkaraoke bersama Jason Mraz..saya sudah..anda??

Semua mesti gembira bila tiba hari ahad kan.Sebab hari ahad hari cuti.Wow,seronoknya berhujung minggu. Tapi di sini hujung minggu adalah hari Sabtu..dan..dan..masih juga seronok.. =)

Tadi selepas makan,mestilah kenyang kan (Alhamdulillah...) bila sudah kenyang mestilah syaitoonnn mula nak bergayut-gayut kat mata ni,nak bagi mata tertutup lalu tidur..tidur memang best,tapi tidak selepas makan okey. Nanti dapatlah perut buncit tanpa batasan!

Jadi,saya jalan-jalan ke tubeawak dan jumpa Jason Mraz..Seronok okey dapat jumpa my favret song lucky. Dapat pulak karaoke without Colbie Caillat voice..fuhh memang terbaik lah..Ada suara Jason Mraz saja..jadi saya pun duet..duet  sama beliau..huhu...

Kalau anda nak juga berkaraoke sama Jason Mraz..haha..layanlah video ni ye..Enjoy!!

Saturday, February 6, 2010

Pelam muda..sila jangan terliur..

Hari sabtu yang indah,pagi-pagi lagi sudah ke batu 6 untuk mencari tudung yang emak minta untuk belikan. Mak kata,beliau tengok banyak orang pakai tudung sarimah versi yang ada manik bertabur dan beliau pun hendak juga.Kalau di GB ni saya senang ke batu 6 untuk mencari tudung.Tudung nya cantik-cantik..heheh..suka..suka..suka..

Model tak bertauliah yang pemalu memakai tudung  untuk emak.=) kaler purple kaler pujaan hati emak.

Selepas ke kedai tudung,pegi ke pasar pula. Dan di pasar saya terjumpa pelam muda..oh..ini juga sangat suka..suka..suka..Jadi haruslah saya beli..satu biji..dua biji dan tiga biji.Okey beli 3 biji sahaja dan beli juga cili padi. Kebiasaannya pelam muda ni saya akan cicah bersama sambal kicap cili padi..

Sampai di rumah sahaja,terus semangat potong pelam..hiris molek-molek..

Ini lah pelam muda yang kononnya telah dihiris sehabis molek..oh..masam..masam

Dan cicah pelam bersama ini..oh..tapi sila jangan jangan dan jangan makan biji lada tu ye..menggila perut nanti.lagipun tak elok sebab boleh akibatkan appendiks.

Dan..yea..boleh makan..rasanya adalah masam + pedas + manis..

p/s : selepas makan,tandas adalah destinasi terbaik kot..=)

Friday, February 5, 2010

Blogger di UK buat entri tentang saya?? Oh..apakah..=)

Terkembang sedikit sahaja..=)
Kembang..kempis..kembang..kempis..kembang tidak boleh kempisss
Percaya atau tidak percaya tapi mesti percaya.
Terima kasih buat blogger di UK..(United kingdom bukan Ulu Kelang) tersebut yang buat entri tentang saya sempena ulangtahun kelahiran saya.Auuww..malu-malu tapi terharu.

Okey..okey..untuk baca entri tersebut dengan lebih lanjut MARI CEKIDAUT DI SINI

lalalallalalla

~Hari ini HARI saya~

Hari ini hari Jumaat dan hari ini HARI saya. Oh,sangat gembira pada hari ini. Umur saya sudah menginjak ke satu angka lagi. Jadi saya sekarang sudah berusia sweet 23..oh,23 masih sweet..jadi harap-harap bila berumur lagi berumur pun masih tetap sweet.

Malam semalam sudah dapat advance dinner dari Tuan Syah. Dia memutuskan untuk dinner pada malam semalam kerana pada hari Jumaat (hari ini) di Terengganu adalah hari cuti,maka dikhuatiri bila nak dinner nanti tutup pulak. Jadi..jadi...kami dinner di restoran resipi rahsia di bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya, kami adalah tidak tahu hendak dinner di mana,tapi memandangkan di restoran resipi rahsia dah siap-siap ada kek maka lebih mudah makan di situ sahaja.

Besday Girl of the Year  bersama si dia..ehem..ehem..

ini steak.lupa nama panjang dia apa.ini makanan untuk besday girl of the Year

Ini *&^%)$#^*..okey lupa sebenarnya apa nama menu ini..

moka itu dia punya.grapetiser my favret..

Besday Girl of the Year bersama kek besday

Satu slice sudah cukup.Dan kalau pergi ke restoran resipi rahsia,saya memang hanya akan makan kek choc moist..perisa yang lain-lain..yang ada cheese bagai,blueberry,strawberry, or blackberry...saya memang tak makan. Oh,mungkin saya memang di lahirkan  tanpa reseptor suka makan cheese. Oh,lidah jawa tetap lidah jawa,banyak sangat makan belacan.

Selepas dinner,kami tidak pergi ke mana-mana dan terus pulang ke rumah. Dan di rumah pula,tepat jam dua belas,teman-teman serumah pula menyambut besday saya.Eh,suka sangat okey.main tutup-tutup lampu.Kemudian bawa kek yang sudah ada lilin.Saya pun tiup-tiup lilin.Oh..tiba-tiba saya rasa saya masih berusia 13 tahun. Dan mereka belikan kek cokelat untuk saya. 

Terima kasih buat teman serumah yang belikan kek untuk saya dan cuba untuk menyembunyikan kek tersebut dari pengetahuan saya  tetapi gagal..hehehe..terima kasih juga pada adik beradik,rakan-rakan di facebook, rakan-rakan di telefon dan rakan-rakan di blog yang mengirimkan ucapan hari lahir untuk saya. 

Terima kasih semua!!!!



Wednesday, February 3, 2010

sila mengecik balik boleh???

Kelmarin buat semakan kemasukan ke mrsm bagi Tingkatan 1 dan Alhamdulillah adik saya (ijan) terpilih.Okey gembira.Semua gembira.

Saya rasa masa berlalu dengan sangat pantas sekali. Saya masih terbayang-bayang adik saya dalam pakaian pengawas berbaju biru,berseluar biru. Dan sekarang dia sudah sekolah menengah berbaju putih berseluar hijau.Eh,cepat betul kau membesar.Saya tak pernah nampak lagi dia dalam pakaian sekolah menengah dan kalau saya lihat dia dalam pakaian tersebut mesti saya macam percaya tak percaya tapi saya mesti percaya. 

Ye..ye..ye..saya macam sedikit tak percaya adik saya sudah besar.sudah tingkatan 1.Nanti lagi empat lima tahun mesti sudah lagi besar. Oh,apakah? mesti sudah tidak seronok untuk di bawa bergusti ,di ajak berkejar-kejaran, di suruh naik motor dan peluk saya kuat-kuat.ohh...sungguh tidak seronok. Hey si adik..janganlah membesar..hoho..jual ikan (selfish) sungguh saya!

Mak kata sekarang ni adik saya sangat semangat di sekolah menengah. Oh,mungkin baru masuk,jadi kau semangat lah kan.?? hahaha....

Saya gembira tapi sedih bila dapat tahu dia dapat MRSM. Selepas ini mesti dia akan duduk di asramakan. Bila ada cuti baru boleh balik rumah. Jadi maknanya selepas ini kalau saya balik kampung tinggal seorang budak comot saja yang akan jerit-jerit kesukaan bila nampak saya balik..dan orang itu tidak lain tidak bukan adik iman...

Tiada lagi wajah cool hitam manis menyambut kepulangan saya "yea..kakak aji balik!!!...bawak keropok lekor tak? goreng cepat-cepat ye...nak pinjam laptop!!

Saya harap dia bijak untuk memilih kawan bila di asrama nanti dan jangan buli-buli adik saya. Nanti saya nak pesan pada ijan supaya report pada saya siapa yang cuba buli dia.Biar saya buli budak itu balik. Saya tak pernah buli adik saya jadi jangan buli adik saya..ohh..saya takut adik saya di buli..

Kemudian saya nak pesan pada dia supaya tak perlu kakak-kakak angkat.Jeles okey. Nanti kakak angkat bagi hadiah ke apa mesti kakak sebenar rasa tercabar jadi tak pasal-pasal saya kena keluarkan duit supaya kelihatan lebih dari kakak angkat.hahahaha..sungguh menjengkelkan...

Kemudian tidak boleh gurlfren..gulfren..budak sekarang advance..kalau tak diingatkan cepat sahaja nak bercintan monyet..Dulu masa dia sekolah rendah memang suka usik-usik pasal gurlfren..tapi sekarang sudah sekolah menengah jadi gurlfren..gurlfren bukan benda gurauan..serius (oh..sungguh serius saya ni). Jual ikan (selfish) lagi ke saya?? 

Memandangkan MRSM adik saya tidak jauh dari rumah..hanya lebih kurang setengah jam sahaja maka bolehlah saya datang menjenguk adik saya di asrama setiap minggu. Datang dengan masakan dari rumah, lepak-lepak bawah pokok,dan makan di situ. Yea! kemudian sebelum balik boleh lah cium-cium sikit.Oh..tapi mesti dia malu kan nanti. Malu dengan kawan-kawan.Ah,peduli apa aku..adik aku!

Ye.Ini lah muhammad azizan.yang di belakang buat muka tu muhammad nur iman. 
T_T sob..sob...cepatnye korang membesar...